Kelebihan Dan Tips Kumpul Database Dalam Bisnes

Kelebihan Dan Tips Kumpul Database Dalam Bisnes

Biasa kita didendangkan yang marketing seperti darah dalam bisnes
Tanpa marketing, bisnes mati

Tak dapat di sangkal, memang marketing begitu penting
Tak kira ianya menggunakan platform online atau offline
kedua-duanya sangat penting

Tapi jangan dilupakan satu lagi perkara yang bagi saya amat penting selepas marketing & close sale

iaitu Database Management

Database ini boleh diibaratkan sebagai network yang anda ada.
boleh jadi database yang ada dari no telefon, email, Follower profile Facebook, Facebook page, follower Instagram,subscriber youtube dan banyak lagi.

Bagi saya,
Database yang sebenar ialah No phone , email dan juga yang terbaru chat bot subscriber.

Kenapa Facebook Page & Instagram saya tak anggap sebagai database?
Sebab walaupun anda kumpul 1 juta fan atau follower sekalipun, anda tiada satu pun data dari follower anda.
Anda sangat bergantung kepada algorithm dari Facebook/ instagram untuk reach fans anda sendiri.Anda tiada kuasa untuk control audience anda. Jika algorithm Facebook tak menyebelahi anda, anda perlu gunakan ads untuk boost reach anda.

Saya pernah lihat, beberapa sahabat yang mempunyai 300k likers dan hampir 100k follower di instagram struggle bila mana produk baru mereka nak dilancarkan.

Lagi besar database yang anda ada, ia seolah-olah unfair advantage kepada competitor

cuba bayangkan anda ada 100k database, dan database anda semua kenal bisness anda.

Bila anda nak buat promosi untuk produk x. Agak-agak macam mana respon yang anda akan dapat?
Berbanding pula competitor anda, yang ada hanya 1k database.

Mungkin mereka terpaksa gunakan ads atau dengan cara lain.

Sangat berbeza orang yang ada 1k dengan 100k database.

 

Namun begitu ada beberapa perkara yang anda perlu consider bila kumpul database.

  1. Segmen database anda seperti prospek, pembeli, pembeli tegar anda
  2. Cara naming database ( jika database itu dari no phone)
  3. Multi channel database ( sama ada datang dari offline atau online)
  4. Tempat simpanan database supaya tidak hilang dan senang di update
  5. Bayaran maintanance dengan subscriber database

semua yang diatas saya akan ulas di waktu yang lain.

Pokoknya, bagaimana nak bermula?

Jangan bertangguh walau sesaat!

Anda kene bermula dari sekarang sebab bisness anda sedang dalam kerugian pada masa hadapan. Ini antara tips yang anda boleh gunakan untuk mula kumpul database dari sekarang.

  1. Senaraikan apa medium komunikasi anda dengan prospek anda
    Duduk sebentar, fikir berapa banyak medium yang komunikasi dengan prospek anda. contoh jika gunakan whatsApp, boleh mula untuk simpan no phone. Jika ada closing melalui pm di facebook, sudah boelh consider untuk gunakan chatbot seperti manychat atau chatfuel.
  2. Mula menyimpan dari sekarang
    Jika no phone boleh simpan di google contact, jika dengan mesenger boleh mula kumpul database di manychat atau chatfuel. Jika email boleh search autoresponder yang mengikut keperluan anda. pendek kata buat dulu baru susun kemudian.
  3. Segmen database dari penting ke kurang penting
    Maksud saya disini, senarikan yang mana database yang paling pentng bagi anda?
    contoh, saya ada ketiga-tiga database no phone, email dan subscriber.
    Untuk no phone, saya bahagikan kepada 3 segmen iaitu member, pelanggan dan juga prospek.
  4. Fikir cara macam mana nak tambah database sedia ada.
    Selain dari rancang untuk tambah sales, ia mestilah selari dengan strategi anda untuk menambahkan jumlah database sedia ada. Biasanya semasa sales sedang berjalan secara tak sedar database anda sedang bertambah dengan syarat anda dah buat cara (3) itu.Kesimpulannya, Database management ini adalah benda yang wajib ada pada usahawan tak kira offline atau online. Ini adalah strategi jangka masa panjang untuk stability dan sustanabiity bisnes. Percayalah bila kita praktiskan buat anda akan rasa kesannya.
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest
Close Menu