fbpx
Kenapa Usahawan Fesyen Online Tersangkut  Untuk Capai Jualan 6 Angka

Kenapa Usahawan Fesyen Online Tersangkut  Untuk Capai Jualan 6 Angka

Anda usahawan butik online yang sudah meniaga bertahun tapi belum capai jualan 6 angka sebulan?

Menggunakan pemasaran berbayar, tapi sales masih krik-krik?

Berikut kami kongsikan 3 sebab asas, kenapa anda masih lagi ‘stuck’ tak capai apa yang diidamkan tidak kira  anda masih baru atau sudah lama meniaga.

(Jangan risau, tips ini tidak ada teknikal Facebook Ads ya!)

#1.Tiada Matlamat Yang Jelas

 

Orang english kata ‘Goal’. Matlamat yang dimaksudkan ialah apa yang ingin dicapai dalam satu tempoh yang ditetapkan. Semakin spesifik matlamat kita, semakin jelas ke mana hala tuju kita.

Contohnya :

Kita nak mula berniaga Tudung Labuh Muslimah untuk bantu suami tambah pendapatan keluarga. Dalam hal ini, otak tak boleh proses, sebab apa yang kita nak itu terlalu umum. Dapat RM1 pun dah Ok sebab sudah dikira “tambah” pendapatan keluargakan?

Jadi Apa Yang Perlu Dibuat?

Di sini, kita perlu jawab beberapa persoalan: .

Kenapa nak tambah pendapatan keluarga? Sebab apa Tudung Labuh Muslimah bukan produk lain?  Berapa lagi yang diperlukan? Bila nak capai?

Maka, kita kene jawap soalan yang ditimbulkan.

Saya nak meniaga tudung sebab (itu sahaja yang saya mahir menjual, lagipun saya memang memakai tudung labuh dan tak malu untuk menjual)

Saya nak bantu tambah pendapatan keluarga sebab ( nak pastikan keluarga saya ada duit simpanan kecemasan sebanyak RM500 sebulan)

Berapa lagi yang diperlukan? Bila nak capai? (Sebanyak RM500 diperlukan setiap bulan untuk saya lakukan simpanan)

Jadi, matlamat saya untuk perniagaan tudung labuh muslimah ini ialah mempunyai tambahan sebanyak RM500/bulan untuk bantu suami menambah  pendapatan keluarga.

#2.Tiada Perancangan Yang Tersusun

 

Pernah rasa macam ini?
” Alamak, aku terlepas hari xx la .. Lupa nak prepare untuk buat promo”

Kita terlupa yang ada event penting, yang mana jika dibuat boleh membantu menaikkan jualan.

Jika YA, ini memang salah kita sendiri, sebab kita sendiri tak buat kajian dengan betul akhirnya menyebabkan tak bersedia.Apa yang kami dapati, perkara ini terjadi, bukan pada peniaga online sahaja tetapi juga biasa terjadi pada yang ada butik fizikal juga.

Penyelesaiannya

3 bulan sebelum bermula tahun baru, ambil masa untuk buat kajian apa yang dijangka akan berlaku pada tahun hadapan. Contohnya:

  • Apa yang akan berlaku setiap bulan?
  • Bila tarikh puasa & hari raya (maklumlah disini paling banyak sekali jualan berlaku)?
  • Tanya pelanggan apa yang diminati tapi kita belum sediakan lagi
  • Apa produk/design baru yang akan keluar?

2 bulan sebelum tahun baru, rancangkan plan tahunan apa matlamat yang ingin dicapai, Saluran apa yang diperlukan, seterusnya detailkan lagi kepada rancangan bulanan. Akhirnya, pecahkan lagi setiap bulan kepada apa aktiviti yang perlu dilakukan setiap minggu.

Barulah seronok, kita masuk tahun baru dengan adanya matlamat dan perlu melaksanakan plan yang telah dibuat..

Apa Hasil Yang kita akan dapat?

Kita tahu dalam setahun berapa target yang kita nak capai, berapa bilangan pelanggan yang perlu kita dapatkan, sebulan berapa kali keluaran design baru yang akan keluar, berapa kali promo yang akan dibuat dalam tempoh setahun, Apa aktiviti yang kita perlu buat untuk capai target kita, berapa orang dalam satu pasukan yang kita perlukan dan lain-lain.

Setiap 3 bulan sekali review semula planning yang dibuat. Ubah dan perbaiki jika rasa tak berkesan.

Barulah kita tak terikut ‘flow big guy’ dan sampai satu tahap kita pula yang jadi ‘trend setter’.

#3.Tidak Kira Kos dengan Betul

 

Ambil berat tentang segala kos yang terlibat. Banyak butik yang tutup bukan sebab tak laku tapi sebab salah kira kos.

Makin buat jualan, makin rugi.

Tak boleh nak ambil pekerja sebab ganggu cashflow syarikat

Jadi, disini anda kene tahu berapa margin keuntungan setiap peroduk, Berapa tanggungan sebulan syarikat, Apa kos tersembunyi yang terlibat, berapa kos promosi perlu diletakkan untuk mendapatkan 1 pelanggan jika menggunakan pemasaran berbayar dan lain-lain
Sentiasa percaya nombor dan apabila kita mahir dengan kira-kira, sebenarnya kita dah lindungi diri kita dari kerugian yang besar.

Kesimpulannya,

Jika anda belum lagi susun dengan betul apa yg saya kongsikan, Sila ambil pen dan kertas, dan mula senaraikan:

  • Apa satu matlamat yg anda ingin dicapai dalam masa 3 bulan pertama
  • Pecahkan apa aktiviti yang perlu dibuat setiap minggu untuk capai matlamat 3 bulan anda
  • Senaraikan berapa kos yang terlibat untuk capai matlamat itu

Yang Paling penting

Kuncinya TERUS BUAT dan JANGAN BERTANGGUH!
Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat & patut disebarkan kepada sahabat bisnes yang lain.

Boleh klik butang share laju-laju.

Kita jumpa di artikel akan datang.

 

Leave a Comment