Part 1 -IOS 14 AppTrackingTransparency policy. Apa yang sebenarnya berlaku?

Sejak Jun 2020 yang lepas, Apple ada mengeluarkan polisi baru yang mewajibkan setiap apps yang user install untuk berikan notification
 sama nak di track atau pun tidak

Sampai Vice President Ads & Produk Facebook terpaksa turun padang bersuara untuk halang polisi baru ni.

Sebenarnya ada logik jugak beliau bersuara,
Ini sebabnya kenapa beliau cuba halang;

Biasnya kalau notification macam ni keluar kat apps, of course la user tak nak di track.
Apa kesan dia?

Bila data tak boleh track, bisnes kecil tak boleh personalised ads. Bila personalised ads ni dah takde,
Bisness kecil/ SME akan banyak terimpat sebab tak dapat nak reach prospek dengan efektif
Tapi big brand yang ada bajet besar tak terkesan, sebab memang diorang nak reach seramai mungkin dan takde limited bajet
Facebook bagitau kalau Apple buat macam ni,
Sama la macam era TV

Kalau nak buat ads kene ada bajet besar
Golongan mana yang Terkesan?

1. Apps developer , Content creator/Publisher . 😥
2. Bisness kecil yang mengharapkan ads untuk jalankan perniagaan macam kita😭
3. Facebook sendiri- bila orang rugi..orang tak buat ads. Diorang jugak rugi🤣
Sebenarnya Facebook ada buat kajian, jika tiada personliased ads, revenue diorang akan drop 50%.
Kalau sebelum ni buat ads Rm50 boleh dapat 5 jualan,
tapi bila takde personalised ads, kos yang sama jualan mungkin berkurang jadi 2 je.
Tambah api lagi…
Facebook tuduh Apple sebenarya bukan nak naikkam privacy user tapi ada udang disebalik batu.
Semua ni hanya lakonan ( ni aku tambah-tambah)
Ni sebab dia:
1. Apple Tax-
Apabila publisher tak dapat meraih income dari ads,
maka mereka terpaksa cari revenue lain.
Nak tak nak akan paksa user beli apps tersebut.
Bila ada jualan berlaku dalam App Store, Apple akan kenakan antara 15-30% cas kepada publisher ni.
2. Advertising Business
– Bila developer apps susah nak fapat revenue dari pengiklanan, mereka terpaksa jual bila user nak guna.
semua apps ni perlu dibeli, database pelanggan Apple akan bertambah
Secara tak langsung, Apple boleh bukak cabang bisness baru
Dalam isu ni sebenarnya Facebook pun hidup menumpang.
Cakap lebih-lebih kang kene block dr AppStore baru tau
Kita menumpang dengan FB.
Fb pulak menumpang pada Apple.
Elok la tu..
Kita 2x terimpact kan?😭
Mungkin pengajaran buat Mark jangan sesuka flag/ban akaun ads orang😂
So diorang buat la ala-ala protes dekat link ni
Boleh la kita nak bagi pendapat sekali…
Dan jugak sebenarnya Facebook dah banyak jugak tukar sistem untuk tracking supaya dapat disesuaikan dengan perubahan terbaru nanti.
Kalau rajin baca insyallah akan jumpa..
Untuk SME,
Nak tak nak kene cepat2 prepare database masing-masing
Ingat, Facebook bukan selamanya kita punya,
Kita gunakan Fb tu untuk tempat dapatkan trafik sahaja
Maka gunakan sebaiknya.
Insyallah
Part 2 nanti, aku akan kongsikan lagi details apa yang FB dah preparekan tuk kita buat untuk brace the impact dan jugak pandangan dari IM oversea yang lain
So stay tune
Dan jangn lupa SHARE-kan supaya ramai dapat manfaat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *