Part 2: Apa yang Facebook akan buat dan mintak kita ubah

 
Dari post yang lepas,
Saya ada bagitau kenapa Facebook risau bila iOS 14 update

Dan ini pula bacaan untuk iOS update dari Apple:

Secara generalnya kenapa Facebook risau sebab ia akan mengganggu targeting, Optimization dan juga isu tracking accross device

Contoh:
Kalau user pilih untuk tak ditrack (dan of course majoriti tak nak kene track kan😏)
Bila diorang buat aktiviti di dalam FB
Klik gambar, baca content, lakukan urusniaga jual beli, semua aktiviti ni FB tak dapat nak track.

“Benda yang tak boleh diukur , tak boleh dioptimised dan discale”
Apa Yang Facebook Buat?


1. Event management
=================
– Agregated event measurement
Facebook bagitau mereka akan buat Agregated event measurement untuk support web event dari iOS
Cuma setakat ni takde details lagi macam mana. Mungkin lebih kepada macam mana cara FB nak ukur keberkesanan pengiklanan bila iklan tersebut keluar pada ios 14
– Ada Event limit pada pixel event & custom conversion
Standard event dan custom conversion yang sebelum ni banyak boleh buat dah jadi 8 je bermula awal Januari
Custom conversion maximum 100 per ads akaun


Apa yang Facebook beritahu,
– ads yang optimised luar dari 8 evwnt ini akan pause
– facebook report hanya pada highest ranking pixel je.

Contoh dalam funnel kita ada Content View, Add to Cart ,Initiate Checkout, Purchase.

Fb akan report berapa jumlah purchase je

Cuma saya tak tau, ini akan effect pada iOS sahaja atau semua placemment
Dan nak elak apa-apa effect dari sini.. boleh cepat-cepat buat domain verification.
Boleh rujuk sini macm mana nak verify domain pada Business Manager (BM)


2. Delivery & optimization
======================

Kalau tak boleh track macam mana nak optimizekan?
Dan off course akan ada kesan pada VOLUME pixel tracking
Facebook ada perubahan pada value optimization, VO
Vo sebelum ini ada dalam ads manager yang mana bila dah banyak conversion,
kita boleh pilih Conversion >purchase> optimised for Value
Selepas ini

Value optimization akan dibuat dalam event manager dan perlu diset

(Ini yang saya faham)

///////
Ini syarat untuk dapat setting Value optimazation:
– Aktif pixel SDK atau produk katalog
– Guna conversion dan optimised untuk purchase event
– Dapat 100+ purchase event dalam 7 hari yang lepas
///////


1 & 2 tu senang
No 3 tu macam syarat putri gunung ledang sikit🤣


3. Dynamic Ads
==============

Takde perubahan pada dynamic ads retargeting cuma yang akan terjadi ialah
audinece makin kecik dan of course performce drop sebab ikan dalam kolam tu makin kecil.
Cuma dynamic ads yang ditarget ke cold market takde kesan secara langsung


4. Measurement (Ads manager ,ads reporting, ads Insight API)
===================

Semua attribution window akan berkurang dari sebelum ini default 28 hari kepada yang baru default 7 hari dan ada beberapa perubahan lain
Ini saya akan sharekan pada post seterusnya sebab agak pening gak nak faham😅
Sebelum ini pun dalam ads manager kita hanya boleh set optimised untuk 1 day click or 7 day view.
Jadi macam takde kesan sangat, cuma untuk orang yang perjalanan funnel yang agak panjang, susah sikit nak track .


5.DEVELOPER APIs (Marketing API, Ads Insights API, Targeting API)
===================

Akan ad perubahan lagi.Fb akan bagitau dari semasa ke semasa

/////////
Secara keseluruhannya apa kesan pada kita as small advertiser?

++ Kalau tengok dari segi apa yang Facebook buat,
Mungkin ada perubahan dari segi reporting ads dan sebagainya dan kita perlu update knowledge.

++ Mungkin ada strategi dan funnel menjadi sebelum ini, jadi tak berkesan
Contoh retargeting campaign
Sebelum ini maybe ok, tapi selepas dalam iOS tak dapat track user dia jadi kurang efektif

//////
Kesimpulannya, Apa yang boleh kita buat:
/////

1# Kukuhkan la ilmu asas kenal pelanggan- paling basic dan sebenarnya paling susah🤧
Siapa pelanggan kita?
Betul ke semua pelanggan kita guna Apple
Cek balik ramai ke prospek dan customer kita sebelum ni guna Iphone,
kalau memang itu target market kita
Since yang tereffect ni ios 14 je,

Run iklan asingkan untuk iOS dan ada bajet specifik
Contoh:
kempen 1: semua placement excluse iOS
Kempen 2: iOS sahaja

2# Mungkin dah tiba masa funnel tu panjang sedikit
Dari ads》 database 》 follow up dengan channel lain ; email dan sebagainya
Tambah channel lain untuk retarget selain FB

Ok cukup la tu saya bebel moga korang ada idea apa nak buat kan..
Yang penting cool dan start plan 2021🤗

part 3 boleh baca disini 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *