Part 3 : Facebook Vs Apple – Plan 2021 Apa Yang Perlu Kita Fokus

 
Beberapa hari lepas,

Saya dapat personal pm
Yang katakan risau dengan apa yang akan FB buat dan akan berlaku tahun depan

Ada yang tanya iklan makin mahal ke tahun depan?

Apa yang saya perasan bercampur-campur Sebab beberapa faktor:

==
1. Jumlah advertiser yang ada – lagi ramai, competition makin tinggi

2. Channel yang Facebook ada- tak perlu risau sebab FB akan banyakkan lagi channel untuk kita “placinng” iklan kita

3. User Facebook Family – semakin ramai user lebih baik, sebab tu FB sentiasa jaga content dan advertiser supaya user tak lari.

4. Bajet spending -mungkin ada musim tertentu, iklan akan naik mahal sebab biasanya setiap advertiser naikkan bajet iklan untuk besarkan reach.

Dan cara nak mudah tengok,

Boleh cek Kos per impression (harga kos yang perlu kita bayar bila kos iklan keluar 1000x),CPM

Apa akan jadi 2021?

Game berubah?
Iklan makin teruk?

Personally Saya pun tidak pasti
Dan of course saya yakin, FB takkan berdiam diri

Mereka akan cuba sedaya upaya kurangkan impak pada diorang sendiri dan customer diorang (advertiser)
Sebab tu mereka buat macam-macam perubahan pada machine learning dan sebagainya
Machine learning, algo fb
Semua ni kita tak perlu tau pun takpe..

Sebab….
Tu semua kita tak boleh kawal…
Jom…💨💨

Kita fokus pada apa yg boleh dikawal 2021 ni.. 💣

#1. Fokus pada pelanggan ,pelanggan dan pelanggan
==========/========

Cari jalan macam mana nak attract pelanggan .
macam aman diorang nk:
kenal 》 suka 》 percaya 》 beli 》 refer 🤙
Dekat sini saya suka tekankan pada “content dan kreatif iklan”
Cari kelainan dalam beriklan dan mempersembahkan “seni dan kualiti kita” kepada bakal pelanggan
Sebab tu adanya kami sebagai penyedia servis digital🙂
Biar kami uruskan teknikal
Supaya owner boleh fokus memberi nilai tambah pada pelanggan

#2. Adakah kita mampu tingkatkan lifetime customer value kita?📈
==========/========

Jika belum ada, dah boleh buat kira-kira berapa sebenarnya kos kita kene peruntukkan untuk dapat satu pelanggan boleh.
Bukan dok berkira-kira lagi nak dapatkan kos per klik rm0.01 (serius benda ni saya buat dulu)

Contoh:
bila kita invest iklan RM1000
Kita dapat 10 pelanggan

Jadi, kita sebenarnya keluarkan rm100 tuk dapatkan 1 pelanggan
Jadi, dari satu customer ini
 
 
Apa journey perjalanan hidup dia dengan kita
 
Berapa kali lagi dia boleh beli dengan kita?
 
Kalau tak beli pun, macam mana nak pastikan kawan-kawan dia kenal kita?
Macam mana nak jaga hubungan dengan dia?
 
3# jangan terlalu fokus pada front end funnel🏹
==========/========
 
Sebab kita sibuk duk cari pelanggan baru tapi tertinggal pelanggan yang pernah bagi duit dekat kita sebelum ni dan potensi sangat besar untuk dia beri lagi.
Jadi kan pelanggan ni dari :
 
“Penyokong kepada pendokong”
Fikirkan sekali apa yang kita nak buat “selepas pembelian”
 
Serius ini benda bukan senang
Memang sangat susah nk implement
Tapi kalau tak buat, sampai bila kita nak cakap susahkan?😉
 
 
#4. Plan untuk ada bajet marketing setahun terus🗓
==========/========
 
Kita stress bila iklan tak perform sebab kita mengharapkan dengan iklan ni kita boleh buat sales
 
Bukan ke iklan ni sebagai investment?
 
Klo perasan brand besar dia akan ada bajet marketing dalam planning
Maksudnya untung atau tidak, mereka akan spend juga untuk pastikan proses orang kenal brand dan produk tu semakin tinggi
 
Cukup 4 kat atas ini..
Mungkin betul dan mungkin jugak tidak
Ada yang setuju
Dan ada yang bangkang
 
Saya tiada masalah sebab setiap orang ada pendapat masing-masing
Takde jawapan betul salah,
 
Yang penting, adakah ianya efektif untuk kita atau tidak?
 
Saya tulis ini,
Sebab nak ingatkan pada diri sendiri
Moga bagi manfaat pada yang baca ni😊
 
FB vs Apple?
 
Takut risau rumah tangga orang
Rumah kita sendiri terbakar kita tak perasan sebab tak jaga #4 point tu😅
Saya tak masuk lagi komen dari IM luar negara.
 
Next part saya cuba kongsikan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *