Penting Ke Masukkan “Interest” Masa Nak Buat Facebook Ads?

Penting Ke Masukkan “Interest” Masa Nak Buat Facebook Ads?

Masukkan “interest” masa buat ads ni sebenarnya penting ke?

ada mazhab yang kata wajib
ada sifu yang kata tak penting..

Hurmm ..
Mana satu ni?

Ini pula pendapat saya setelah kami dah buat banyak split test untuk berbagai niche..

1/ Penting

Untuk buat permulaan mula ads tanpa ada fans dan juga database pelanggan.
Jadi anda tak boleh target mereka-mereka ni. Apa yang boleh buat, cari pelanggan baru.

Facebook dah kumpulkan orang yang mempunyai minat yang sama dalam satu “lubuk”.

Jadi interest tu memudahkan advertiser untuk dapatkan target dengan lebih tepat.
Apa yang perlu kita buat, kita sendiri kene ada customer avatar sebagai panduan siapa yang bakal kita target.

2/ Tak Penting

Interest jadi tak penting sangat jika kita dah ada “lubuk” kita sendiri

Contohnya kita ada fans yang banyak, custom audience dan lookalike

Biasanya bila kita dah ada 3 benda diatas ini, interest menjadi faktor kedua untuk kita gunakan.
.
Atau tak perlu gunakan interest langsung, hanya tapis dari copywriting, umur serta gender.

keypoint dia ==> kenal siapa customer avatar kita.

Apa yang kami buat di Fames?

Secara jujurnya, kami masih gunakan “interest” dan ada juga keadaan kami dah tak guna “interest”. Bergantung pada keadaan

Ada client yang ada fans sedikit,
kami akan mula dengan interest dahulu,
Sedikit demi sedikit kami shift kepada custom audience dan lookalike

Ada yang dah banyak fans atau database,
Kami tak gunakan interest,
Terus kami gunakan fans, custom audience dan scale up dengan lookalike audience.

Tapi ada juga kes yang tak macam diatas,
Ada banyak fans, tapi kami masih gunakan interest jugak
Jadi semuanya memang bergantung pada prestasi semasa ads tersebut.

Apa yang penting:

+ Tau siapa target market kita
+ Tau matlamat akhir kita bila buat ads
+ Catat hasil dari ads yang kita buat
+ Analisa prestasi ads tersebut
+ Optimised supaya jadi lebih baik

Nak belajar lebih lagi?
Boleh datang ke kelas anjuran Team Fames pada bulan April ini di sini 

 

Hazwan Syahmi

Hazwan Syahmi merupakan Senior Ads Specialist di FA Marketing Sdn Bhd. Banyak menguruskan kempen pemasaran berbayar untuk syarikat SMEMerupakan seorang Certified Facebook Buying Profesional & Certified Paid Traffic dari Digital Marketer

Leave a Reply

Close Menu