3 Faktor Penting Yang Mempengaruhi Keuntungan Anda Dalam Bisnes Online Tahun 2019

3 Faktor Penting Yang Mempengaruhi Keuntungan Anda Dalam Bisnes Online Tahun 2019

Artikel ini ditujukan khas kepada yang baru berjinak-jinak dengan dunia online dan juga orang lama tapi pelik keuntungan semakin lama semakin menipis tahun 2019 ini.

Jujurnya, tak dinafikan dunia online semakin kompetatif hari ke hari.

Sekarang online bukan sekadar suri rumah sahaja yang buat online.

Yang mempunyai bisness offline, pun dah terokai pasaran online.

Tahun 2018 DIY memasuki online. Sumber dari: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/07/444549/mr-diy-sasar-miliki-500-cawangan-tahun-ini

 

Nestle mencatatkan pertambahan keuntungan bersih dengan jualan di online . Sumber dari :https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/08/461765/nestle-catat-untung-bersih-lebih-tinggi

 

Online sekarang bukan sekadar anda post di Faecbook dan IG dan tunggu sales masuk . Ia lebih dari tu.

Lebih -lebih lagi jika kita gunakan pemasaran berbayar seperti Fbads,Google Ads dan lain
Setiap duit yang dikeluarkan, kita perlu tahu adakah ianya berbaloi atau tidak.

Berita baiknya.

Tak perlu risau, walaupun sukar tapi kita masih ada lagi peluang itu.

Disini, Saya kongsikan 3 faktor utama yang perlu diambil perhatian untuk pastikan kita tidak rugi dalam online lebih-lebih lagi kalau kita gunakan pemasaran berbayar seperti FbAds

 

     1/ Cost Per Lead

Saya merujuk kepada berapa kos untuk mendapatkan seorang prospek.

Prospek yang hubungi kita melalui whatsapp, email, mesenger dan sebagainya.

Kita sendiri yang tetapkan sama ada prospek itu hanya dikira bila dapat no phone sahaja atau lain-lain.

Sebab apa prospek penting?

Tanpa prospek yang masuk bertanyakan produk kita, maka takde pelanggan.

Takde pelanggan, takde sales. krik krik

Disini part yang perlu usahawan ambil perhatian.

Jika kita berjaya dapatkan kos per leads yang rendah ,separuh dari kerja sudah selesai.

Alhamdulillah!

Tapi macam mana pulak kalau leads tinggi? Apa indikatornya?

Baik.

Jom kita kira, berapa maximum leads yang perlu kita dapat supaya tak rugi.
Dalam istilah pelaburam kita panggil “margin of safety”.

Jika anda jual produk.
Kita perlu tahu berapa banyak maximum kos marketing yang berani dilaburkan.

Contoh:

Kita jual sliper jenama Adidong

Gambar sekadar hiasan

Harga kos RM30
Harga jual : RM60 tak masuk postage

Total margin produk:  RM60-RM30 = RM30

Jika kita letakkan RM30 maximum kos untuk marketing untuk dapatkan seorang pelanggan.
Maknanya, kita tak dapat untung nanti.

saya sarankan asingkan siap-siap untuk gaji dan untung kita.
kita nak 10% dari harga jual untuk gaji kita
dan 5% dari itu kita ambil untuk pengurusan syarikat
15% bersamaan dengan RM9

Total margin bersih = RM30- Rm9 = RM21

Andaikan dah tiada apa-apa lagi untuk ditolak.

Rm21 inilah maximum yang kita boleh peruntukan untuk dapat seorang pelanggan
Ini pelanggan tau…belum kos per leads lagi.

Berapa pulak kos per lead yang perlu dicapai?

Sebelum tu kita buat andaian

Jika 10 whatsapp yamg masuk
Berapa orang akan beli?
Katakan 1 orang akan beli

Ini bermakna kita punya “conversion rate” ialah 1/10 iaitu 10%

Perlu di ingat kadar conversion rate berbeza mengikut platform, suhu prospek, skrip dan team sales

Jadi nak tentukan maximum kos perleads

RM21 tadi perlu perlu darabkan dengan 10%

Hasilnya RM2.10

Ha…
Nampak tak?

Secara teknikalnya

Bila kos per lead dah lebih dari RM2.10
Ads yang anda buat sebenarnya dah rugi

Hurmmm…

Tuan ada cara lain tak?
Ya ada..

Baca no 2 pula


2/ Conversion Rate Tinggi

Berdasarkan contoh diatas tadi, Saya ada tunjukkan
Kalau 10 whatsapp yang masuk

Kita boleh close seorang.

Jadi, bila kos per leads lebih dari RM2.10
Nak tak nak..

Apa yang perlu kita buat..
Kene naikkan conversion rate..

Caranya kene pastikan kita boleh closed lebih dari seorang jika 10 whatsapp masuk

Kita kene belajar cara close sale.

Ada lagi tak cara lain?

Ya ..

Baca cara ketiga dibawah

     3/ Naikkan Transaksi Per Customer

Jika cara 1 dan cara 2 pun tak berjaya..

Kita  tiada cara lain melainkan dengan naikkan nilai transaksi seorang pelanggan.

Jika sebelum ni jual 1 orang 1 pasang sliper sahaja.

Pujuk untuk beli 2 pasang dengan harga RM100

Buat pakej combo 2 pasang, 5 pasang

Nampak rugi.
Sebab kita murah…tapi sebenarnya tidak

Sebenarnya kita dah besarkan nilai satu pelanggan.

Kita ambil contoh yang sama,
RM100 2 pasang

kos 2 pasang – RM60

gaji dan pengurusan = RM16

 

Margin bersin = RM100-RM60-RM15

= RM25

Lebih besarkan dari sebelum ini?
Jika kadar conversion rate masih sama iaitu 10%

Anda sebenarnya dah besarkan max kos per lead..
Sebelum ni maximum kos per lead RM2.10
Sekarang dah jadi Rm2.50
Wah….

Kenaikan lebih sebanyak 19%
Bila boleh dapat margin lebih besar
Lagi banyak boleh spend untuk kos pengiklanan

Bak kata Lagenda Dunia, Dan Kennedy,
“He or she who can afford to spend the most to acquire a new customer, wins.”
Siapa yang mampu untuk keluar lebih banyak kos untuk dapatkan pelanggan.. dia yang menang!

 

     Kesimpulan

Harap artikel diatas dapat menjadi penduan untuk kita dalam kira-kira bisnes

Sekarang, jom ambil kertas kosong dan pen.

Adakah bisnes anda sedang negatif atau positif?
Kira berapa nilai yang anda patut laburkan untuk dapat seorang pelanggan.

Rancang dengan baik untuk kejayaan kita

“Gagal merancang, Merancang untuk Gagal”

 

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Reply

×

Cart