5 Fungsi WhatsApp For Business Yang Memudahkan Closing Yang Ramai Tak Tahu

5 Fungsi WhatsApp For Business Yang Memudahkan Closing Yang Ramai Tak Tahu

Dah guna WhatsApp For Business?
Jika anda belum gunakan lagi..

Ini lah masasnya untuk mencuba 🙂

Tak dinafikan sebenarnya whatsapp for business memang banya membantu dari segi closing dan simpanan database.

Ini 3 sebab sebab apa WhatsApp For Business sangat membantu untuk bisnes.

  1. Label Dan Filter

    Bila closing kita boleh labelkan setiap orang tanpa save no terlebih dahulu.
    Sebelum ni nak tahu status setiap prospek kita, kita kene save nombor
    Kali ini, kita boleh labelkan sama ada pending payment, customer ataus ebagaimnya.

    Dan bila ada ramai yang pending payment, anda boleh filter siapa yang belum bayar lagi.
    Jadi mudah la untuk kita tau siapa yang perlu kita prioritize kan untuk follow up.

  2. Keyword

    Yang ini mungkin ada pada apps lain seperti Clipper, Copybuble atau Textpand.Dengan WhatsApp For Business Tapi bila anda hanya gunakan 1 app sahaja tanpa perlu install 3rd party apps yang lain

    Kita dapat jimatkan resource data phone.
    Dan yamg baling best.
    Kita boleh letak gambar serta ayat dalam 1 keyword.Contohnya:
    Anda nak share gambar produk dan juga ayat .

    Tipsnya:

    Masukkan gambar dulu.
    pada gambar yg terakhir. Masukkan ayat.

  3. Welcome Message

    Kalau contoh prospek 1st time pm kita.WhatsApp for business akan auto reply welcome.
    Jadi boleh la kita set ayat untuk welcoming message tersebut.cadangan saya, biar prospek tahu itu ialah welcome message supaya tak rasa tertipu.

    Boleh letak no phone rumah atau pejabat
    Sebelum ini hanya no phone mobile sahaja yang ada, tapi dengan WhatsApp For Business anda boleh masukkn juga no phone pejabat
    kelebihannya, syarikat tak perlu beli tambahan no phone baru untuk syarikat. Lebih jimat kan

    contoh : 06-9857653

  4. Phone boleh letak 2 whatsApp yang berbeza

    Sekarang dah mudah, tak perlu gunakan install unofficial whatsApp lagi untuk dapat 2 WhastApp dalam satu phone.

    Hanya install WhatsApp For Business dan satu lagi WhatsApp biasa.Tak hang ke?

    Buat masa ini pengalaman saya walaupun ada 2 jenis WhatsApp, Handphone masih berjalan dengan baik.

    Faktor hang atau tidak sebenarnya banyak dipengaruhi oleh spec phone itu sendiri. Jika spec phone tinggi, insyallah tiada masalah

  5. Boleh bagi link WhatsApp

    Dalam whatsApp for business ini kita boleh buat link untuk orang WhatsApp kita. Ini dinamakan Link generator untuk WhatsApp.

    Namun begitu whatsApp biasa pun ada.

    Tutorial nak buat boleh rujuk di laman web official WhatsApp 

    Boleh juga baca ” Cara save Nombor WhatsApp dengan Pantas dan Selamat” untuk cepatkan proses save nombor phone prospek yang masuk.

Kesimpulannya

Untuk tujuan perniagaan online, saya sarankan untuk gunakan WhatsApp For Business sebab ianya sangat membantu peniaga dalam menjalankan urusan bisnes harian.
Moga membantu anda memudahkan urusan bisnes online anda.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Reply

Ă—

Cart