Buat Iklan Jual Pakaian Tapi Tak Dapat Sales 10x Ganda Dari Kos Iklan

Nak Dapat Sales 10x Ganda Dari Kos Iklan

Kajian Kes Fames

Ini hasil kajian kes dari coaching yg kami buat pada minggu lepas

Peserta coaching itu, kami namakan Cikpuan Jasmin. Masalah beliau ialah perlaburan iklan semakin banyak dari semasa ke semasa tapi hasilnya makin merundum setiap bulan.

Masalah beliau ialah perlaburan iklan semakin banyak dari semasa ke semasa tapi hasilnya makin merundum setiap bulan

Cikpuan Jasmin menunjukkan semua data dari tahun lepas berapa sales yang beliau sudah capai.

Jelas menunjukkan peningkatan kos ads yang berganda tetapi hasil dia ciput je

Masalah ini bermula sejak awal Januari tahun ini dan paling jelas bulan lepas, jualan yang biasanya 6 angka sebulan menjadi sekitar RM20k++ sahaja
Ini menambahkan kerisauan beliau

Jika dilihat dari pangamatan kami, jika tak diatasi segera, kurang setahun bisnes Cikpuan Jasmin boleh ditutup rapat

Cikpuan Jasmin mahu tahu bagaimana nak tingkatkan semula sales beliau.

Apa yang diceritakan oleh Cikpuan Jasmin, prinsip yang biasa digunakan olehnya, hasil jualan dari iklan mestilah lebih 10x ganda dari kos iklan

“Contoh : Jika RM100 kos perlaburan iklan dikeluarkan, maka secara kasarnya jualannya harus lebih dari RM1 000”

Maka, kami tanya beliau beberapa soalan untuk kenalpasti beberapa penambahbaikan yang boleh dibuat untuk mendapatkan hasil segera antaranya yang kami kesan berkenaan dengan ‘Suhu Prospek‘.

Antaranya yang kami kesan berkenaan dengan ‘Suhu Prospek‘:

Cikpuan Jasmin beritahu, selama ini beliau hanya gunakan detail targeting audience sahaja untuk cari prospek baru.

Ting!

Kami dapat kesan satu poin yang jika disentuh segera, ia boleh tingkatkan hasil dari ads

Apa yang kami buat, kami terangkan kepada beliau satu persatu kategori prospek dan apa jenis targeting yang sesuai untuk beliau

3 Kategori Suhu Prospek:

  1. Prospek Sejuk : Prospek yang tak pernah kenal kita
  2. Prospek Suam: Prospek yang pernah nampak kita berulang kali tapi belum lagi menunjukkan minat untuk bertanya
  3. Prospek Panas: Prospek yang sudah menunjukkan minat dan sudah bertanya berkenaan produk Cikpuan Jasmin

Seterusnya …

  •  kami pergi ke Ads Manager beliau dan tunjukkan live macam mana iklan yang biasa dibuat kepada client Fames

 

  • 1 kempen iklan, kami pecahkan kepada 2 ads set

 

  • 1 adset ditarget kepada Fans page beliau sahaja dan satu lagi kepada Custom Audience Page beliau

 

  •  Setiap satu ads set diletakkan bajet RM15/sehari

 

  • 2 ads set tadi diiklankan kepada 1 post yang sama

 

Hasilnya…

 

Alhamdulillah, rezeki beliau belum sempat 24 jam run iklan, cikpuan Jasmin whatsApp pada kami dah ada orang hubungi beliau berminat dan beliau dapat jualan.

Ironinya, contoh iklan tersebut ialah menggunakan beberapa gambar dan hanya 1 patah perkataan “TEST”

Kesimpulannya

Sebelum kita buat mula buat iklan, ambil sehelai kertas dan tuliskan kepada siapa yang kita nak target untuk setiap produk kita

Cara paling mudah supaya kita tak terlepas pandang dengan bahagikan terus kepada 3 jenis prospek sejuk,suam dan panas

Kenalpasti siapa mereka semua ini!

Selamat mencuba, walaupun ia nampak mudah , tapi masih ramai lagi kadang-kadang yang terlupa siapa target mereka dan akhirnya membuatkan lebih banyak perlaburan tanpa hasil.  .

Anda belajar sesuatu?

P/s: Nak kami bantu untuk susun dan naikkan lagi prestasi iklan anda seperti Cikpuan Jasmin?

Jika berminat, boleh klik disini

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Reply

×

Cart